Aplikasi Mudah Alih PTPTN Kini di iOS

Aplikasi Mudah Alih PTPTN Kini di iOS

Bermula 10 Jun 2019, pendeposit SSPN yang menggunakan telefon pintar iOS boleh memuat turun aplikasi mudah alih PTPTN (mobile apps) untuk membuat semakan penyata SSPN secara online.

Untuk menikmati kemudahan melalui aplikasi mudah alih PTPTN ini, pendeposit perlu hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN yang berhampiran terlebih dahulu untuk membuat pendaftaran kali pertama dengan membawa MyKad anda untuk pengesahan pendaftaran dan padanan cap jari.

Selepas pendaftaran selesai, aplikasi mudah alih PTPTN boleh dimuat turun melalui Apple Store (iOS). Isi maklumat yang diperlukan untuk pengaktifan kali pertama dan log masuk menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan. Selepas berjaya, semakan penyata serta penambahan deposit akaun SSPN boleh terus dibuat.

Semoga dengan pelancaran aplikasi mudah alih PTPTN ini dapat membantu membuat semakan maklumat dan membuat penambahaan deposit SSPN dengan hanya dihujung jari sahaja.

Langkah penggunaan aplikasi mudah alih PTPTN adalah seperti berikut :