Cabutan 15 Tahun SSPN-i dan Cabutan WOW! SSPN-i Plus Kini Memasuki Siri 2

Cabutan 15 Tahun SSPN-i dan Cabutan WOW! SSPN-i Plus Kini Memasuki Siri 2

Cabutan siri 2 akan berakhir pada penghujung bulan Oktober ini. Kempen ini adalah salah satu usaha murni PTPTN bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan penabungan di samping membuat simpanan secara konsisten. Syarat utama untuk menyertai cabutan ini adalah perlu membuat penambahan deposit ke dalam mana-mana akaun SSPN sepanjang tempoh promosi bagi melayakkan cabutan dikira secara automatik.

Tempoh promosi adalah seperti berikut:

Jenis Kempen
Tempoh Promosi
Cabutan 15 Tahun SSPN-i dan Cabutan Wow! SSPN-i Plus Siri 1 (Julai - Ogos 2019)
Siri 2 (September - Oktober 2019)
Siri 3 (November - Disember 2019)
Cabutan Tahunan Januari - Disember 2019

Tahun 2019 ini menjanjikan lebih banyak hadiah-hadiah yang lumayan untuk dimenangi. Bagi anda yang telah lama menyimpan dan masih belum berpeluang menang jangan putus asa. Gandakan simpanan anda dan teruskan kekal bersama SSPN. Semoga impian anda menjadi realiti pada tahun ini.

Cabutan Wow! - untuk Soalan Lazim klik di sini, Terma dan Syarat klik di sini.

Cabutan 15 Tahun - untuk Soalan Lazim klik di sini, Terma dan Syarat klik di sini.