Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2019 dan Cabutan 15 Tahun SSPN-i

Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2019 dan Cabutan 15 Tahun SSPN-i

Berita baik kepada pemegang akaun SSPN-i Plus dan SSPN-i pada tahun ini!

CABUTAN WOW! SSPN-i PLUS kini kembali dengan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi. Cabutan ini terbuka kepada pemegang akaun baru dan sedia ada SSPN-i Plus. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap RM50 (simpanan + takaful) dikira sebagai satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan. Pendeposit perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan.

Bagi pemegang akaun SSPN-i pula, CABUTAN 15 TAHUN SSPN-i disediakan khas kepada pemegang akaun baru dan sedia ada SSPN-i. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai RM100 dikira sebagai satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan. Pendeposit hanya perlu membuat penambahan simpanan dalam Tempoh Promosi untuk melayakkan penyertaan.

Tempoh promosi untuk CABUTAN WOW! SSPN-i PLUS dan CABUTAN 15 TAHUN SSPN-i adalah bermula Januari sehingga Disember 2019 dengan lebih dari RM1 juta untuk dimenangi!

Kepada anda yang telah lama menyimpan tetapi masih belum berpeluang menang jangan putus asa. Gandakan simpanan anda dan teruskan kekal bersama SSPN. Semoga impian anda menjadi realiti pada tahun ini.

Lebih banyak anda menyimpan lebih besar peluang untuk menang.

Cabutan Wow! - untuk Soalan Lazim klik di sini, Terma dan Syarat klik di sini.

Cabutan 15 Tahun - untuk Soalan Lazim klik di sini, Terma dan Syarat klik di sini.