Dana Tambahan RM100,000 Untuk Covid-19

Dana Tambahan RM100,000 Untuk Covid-19

PTPTN amat prihatin kepada individu yang terkesan kepada wabak Covid-19 dan telah memperuntukkan sejumlah dana istimewa sebanyak RM100,000.00 dalam bentuk perlindungan Takaful kepada semua pendeposit SSPN-i Plus.

Kriteria bagi mendapatkan dana istimewa RM100,000.00 ini adalah seperti berikut :-

  1. Pendeposit SSPN-i Plus yang aktif.

  2. Pendeposit SSPN-i Plus yang terkesan akibat dijangkiti wabak Covid-19.

  3. Perlindungan yang diberikan adalah seperti berikut:

    • Elaun Kemasukan Hospital sebanyak RM100.00 (hanya satu kali / one-timed); dan
    • Tambahan perlindungan atas sebab kematian sebanyak RM500.00.

Peruntukan dana istimewa ini tertakluk kepada kriteria di atas yang berlaku dalam tempoh 1 April sehingga 30 September 2020 atau, penggunaan dana telah mencapai nilai RM100,000.00 bagi keseluruhan permohonan tuntutan yang mana lebih awal.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami. Klik di sini