Deposit Bulanan SSPN Melalui Potongan Gaji

Deposit Bulanan SSPN Melalui Potongan Gaji

Pendeposit SSPN-i dan juga pendeposit SSPN-i Plus boleh membuat penambahan deposit bulanan melalui potongan gaji bulanan sahaja tanpa perlu membuat bayaran secara manual lagi. Kemudahan potongan gaji ini terbuka kepada pendeposit yang bekerja di sektor awam dan juga swasta.

Permohonan potongan gaji boleh dibuat secara online di www.ptptn.gov.my/potonggajionline atau melalui majikan masing-masing dengan mengisi borang permohonan potongan gaji dengan lengkap.

Bagi pendeposit akaun SSPN-i Plus, anda mempunyai pilihan untuk mengisi borang potongan gaji secara online semasa pembukaan akaun SSPN-i Plus dibuat. Manakala bagi pendeposit akaun SSPN-i pula, anda boleh mengisi borang potongan gaji semasa pembukaan dibuat secara manual di kaunter perkhidmatan PTPTN atau boleh memohon potongan gaji secara online keesokan hari selepas akaun aktif.

Bagi pendeposit yang bekerja di sektor awam, potongan melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan bermula pada bulan berikutnya manakala pendeposit yang bekerja di sektor swasta, potongan gaji akan bermula selepas urusan penghantaran data selesai dibuat oleh pihak agensi atau syarikat. Proses ini biasanya mengambil masa 2 atau 3 bulan.

Pihak PTPTN akan menghantar notifikasi melalui emel jika sekiranya potongan gaji telah berjaya dibuat.

Buat permohonan potongan gaji anda hari ini untuk kemudahan simpanan SSPN anda!