Jangan Biarkan Akaun SSPN-i Plus Anda Tertunggak!

Jangan Biarkan Akaun SSPN-i Plus Anda Tertunggak!

Skim Simpanan SSPN-i Plus memerlukan komitmen untuk ada membuat deposit bulanan secara konsisten mengikut pakej yang telah anda sertai bagi membolehkan akaun anda sentiasa aktif dan perlindungan takaful anda sentiasa terjamin.

Akaun SSPN-i Plus akan tertunggak sekiranya tiada deposit dibuat selepas tarikh patut deposit seterusnya. Sebagai contoh akaun anda diaktifkan pada 04/04/2019 dengan deposit sebulan, tarikh patut deposit seterusnya adalah pada 04/05/2019.

Oleh itu, bagi memastikan akaun anda sentiasa aktif dan perlindungan takaful anda sentiasa terjamin, semakan tunggakan akaun boleh dibuat melalui pautan dibawah :

Pautan Semakan Tunggakan Akaun

Sistem akan memaparkan Bulan Tertunggak jika sekiranya akaun anda telah tertunggak dan anda juga boleh terus membuat penambahan deposit secara online melalui laman ini.

Selain itu, pihak PTPTN juga akan menghantar peringatan akaun tertunggak melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan juga melalui emel berdaftar anda. Sila pastikan juga bahawa nombor telefon dan emel anda adalah yang terkini dalam rekod PTPTN bagi membolehkan anda menerima peringatan dari masa ke semasa.

Untuk menyemak dan mengemaskini maklumat, anda boleh berkunjung ke kaunter cawangan PTPTN di seluruh Malaysia atau hubungi Khidmat Pelanggan kami di 03-2193 3000.