Karnival Minggu Menabung SSPN 2019 Kembali Lagi!

Karnival Minggu Menabung SSPN 2019 Kembali Lagi!

Sempena Minggu Menabung SSPN pada tahun 2019, SSPN pastinya akan membawakan sesuatu yang luar biasa untuk anda dan keluarga. Jom luangkan masa bersama-sama di Karnival Minggu Menabung SSPN 2019 peringkat kebangsaan yang akan dilancarkan secara rasmi di AEON Mall Shah Alam, Selangor pada 04 hb Oktober 2019 dan akan berlangsung secara serentak dari 04 hb sehingga 06 hb Oktober di lokasi strategik seluruh Negara.

Saksikan penampilan khas Didi & Friends, Bell Ngasri dan Syuk Hot FM di AEON Mall Shah Alam, Selangor disamping anda dan keluarga boleh menyertai pelbagai aktiviti serta memenangi pelbagai hadiah di semua lokasi karnival Minggu Menabung 2019 diseluruh Negara.

Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Seiring dengan itu, Minggu Menabung SSPN 2019 dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa khasnya tentang kepentingan menabung sedari awal usia anak. Rasa semangat cintakan menabung di kalangan anak-anak anda akan bermula disini. Ibu bapa bijak akan melahirkan generasi yang hebat!

Karnival Minggu Menabung SSPN 2019 akan berlangsung di seluruh negeri pada tarikh dan lokasi berikut :

Jom beramai-ramai sertai Minggu Menabung SSPN 2019 dan menjadi sebahagian dari keluarga besar kami. Pastinya banyak aktiviti dan hadiah-hadiah menarik menanti pengunjung bertuah. Jumpa anda disana!!