Keistimewaan Akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus

Keistimewaan Akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus

SSPN-i dan SSPN-i Plus merupakan salah satu instrumen penabungan pilihan ibu bapa di Malaysia masa kini.

Di bawah adalah perbezaan dan keistimewaan produk simpanan SSPN-i dan SSPN-i Plus yang direka khusus untuk anda para ibu – bapa demi masa depan pendidikan dan perlindungan anak-anak anda.

Jom kita kenali perbezaan dan keistimewaan SSPN-i dan SSPN-i Plus ini:

SSPN-i SSPN-i Plus
Syarat Pembukaan Akaun

Terbuka kepada Warganegara Malaysia membuka akaun untuk:

  1. Diri sendiri;
  2. Anak sendiri;
  3. Anak jagaan yang sah; dan
  4. Mana-mana warganegara Malaysia yang lain berumur tidak melebihi 28 tahun.

Terbuka kepada Warganegara Malaysia membuka akaun untuk:

  1. Diri sendiri;
  2. Anak sendiri; dan
  3. Anak jagaan yang sah.
Pakej Akaun
Tiada
  1. Intan
  2. Delima
  3. Topas
  4. Nilam
  5. Zamrud
  6. Berlian
Jumlah Deposit
Deposit pembukaan minimum RM20. Deposit pembukaan minimum 2 bulan mengikut nilai pakej.
Komitmen Bulanan
Tiada
  1. Intan - RM30
  2. Delima - RM50
  3. Topas - RM100
  4. Nilam - RM200
  5. Zamrud - RM300
  6. Berlian - RM500
Sumbangan Takaful 
Percuma (layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan keatas).
  1. Intan - RM10
  2. Delima - RM10
  3. Topas - RM10
  4. Nilam - RM20
  5. Zamrud - RM30
  6. Berlian - RM300
Manfaat Takaful 
  1. Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) (Ringgit ke Ringgit).

  2. Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) (Ringgit ke Ringgit).

  3. Khairat kematian bagi:

    1. Pendeposit - RM2,000; dan
    2. Penerima manfaat - RM500
  1. Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000.

  2. Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM500,000.

  3. Manfaat ilat kekal separa sehingga RM100,000.

  4. Manfaat 36 penyakit kritikal sehingga RM100,000.

  5. Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.

  6. Khairat kematian mengikut pakej:

    1. Pendeposit - sehingga RM18,000;
    2. Pasangan - sehingga RM9,000; dan
    3. 3 anak - sehingga RM2,000 seorang.
Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan 
Sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa.
  1. Sehingga RM15,000 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa.

  2. Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM6,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa.

Geran Sepadan 
Sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak. Tiada
Pengeluaran Simpanan  
Pengeluaran simpanan boleh dibuat pada bila-bila masa. Pengeluaran boleh dibuat selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada didalam akaun simpanan adalah sebanyak RM1,000.
Pembukaan Akaun Secara Online
Pembukaan Akaun SSPN-i (klik di sini) Pembukaan Akaun SSPN-i Plus (klik di sini)

Mulakan simpanan anda hari ini bersama SSPN dan nikmati pelbagai manfaat dan perlindungan takaful.