Minggu Menabung SSPN 2019

Minggu Menabung SSPN 2019

Minggu Menabung SSPN 2019 peringkat kebangsaan telah melabuhkan tirainya pada 06 Oktober 2019 lalu. Karnival yang telah berlangsung selama 3 hari di seluruh Malaysia ini berjaya memupuk semangat penabungan dikalangan masyarakat khususnya bagi tujuan pendidikan tinggi.

Pelbagai aktiviti menarik yang melibatkan penyertaan dari sekolah-sekolah sekitar Selangor dan orang awam telah diadakan sepanjang karnival ini berlangsung. Selain daripada itu, kerjasama dari rakan strategik PTPTN iaitu Celcom, BIMB dan Didi & Friends turut turun padang bersama menjayakan Minggu Menabung SSPN 2019 pada kali ini.

Terima kasih diatas sokongan yang tidak berbelah bagi dari anda dan diharapkan karnival seperti ini dapat memupuk semangat dan motivasi kepada ibubapa diluar sana mengenai kepentingan simpanan pendidikan sedari awal usia anak.

Ibu bapa bijak melahirkan generasi hebat!