Pelepasan Taksiran Cukai

Pelepasan Taksiran Cukai

Salah satu keistimewaan SSPN adalah pelepasan taksiran cukai kepada pendeposit yang layak berdasarkan kepada simpanan bersih pada tahun taksiran.

Ini adalah salah satu inisatif yang diberikan oleh kerajaan untuk meringankan bebanan cukai para pendeposit SSPN. Jumlah keistimewaan pelepasan taksiran cukai yang diberikan ini adalah seperti berikut :

PRODUK SIMPANAN
(RM)
TAKAFUL
(RM)
JUMLAH
SSPN-i 8,000 - 8,000
SSPN-i PLUS 8,000 3,000 11,000
SSPN-i PLUS (Penjawat Awam Skim Pencen) 8,000 7,000 15,000

Pendeposit yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i atau SSPN-i Plus berasingan atas anak yang sama juga layak diberikan pelepasan sehingga maksimum RM15,000.00* setahun.

Jadi tunggu apa lagi.. daftar akaun anda sekarang dan jangan tunggu disaat akhir!

*Tertakluk kepada jadual di atas.