Pengeluaran vs Penutupan Akaun SSPN-i Plus

Pengeluaran vs Penutupan Akaun SSPN-i Plus

Pengeluaran deposit dari akaun simpanan SSPN-i Plus boleh dibuat selepas 3 tahun dari tarikh pengaktifan akaun dengan meninggalkan jumlah baki minimum dalam akaun sebanyak RM1,000.00 untuk memastikan anda terus menikmati pelbagai manfaat serta perlindungan yang berkekalan.

Sekiranya anda ingin membuat penutupan akaun simpanan SSPN-i Plus, ianya boleh dibuat pada bila-bila masa sahaja. Keseluruhan simpanan dan sebahagian caruman takaful (yang belum dibayar kepada pihak takaful) akan dipulangkan kepada anda.

Pengeluaran deposit atau penutupan akaun SSPN-i Plus anda boleh dibuat melalui kaunter PTPTN berhampiran. Proses mengambil masa 7-14 hari bekerja dan pemulangan simpanan serta caruman takaful belum bayar akan didepositkan ke dalam akaun bank anda.

Untuk semakan kaunter PTPTN berhampiran anda, sila klik di sini.

Terus kekalkan simpanan anda bersama SSPN-i Plus untuk memastikan pendidikan masa depan anak-anak terjamin dan juga untuk memastikan anda menikmati perlindungan takaful yang berkekalan. Selain keluarga anda dilindungi takaful, anda layak menikmati dividen tahunan, pelepasan cukai dan pelbagai lagi faedah lain menanti anda sebagai pendeposit yang setia bersama SSPN-i Plus.

Jadilah ibu bapa yang bijak. Menyimpanlah untuk jaminan masa depan anak anda!