Penutupan Akaun SSPN-i Sekiranya Pendeposit Telah Meninggal Dunia

Penutupan Akaun SSPN-i Sekiranya Pendeposit Telah Meninggal Dunia

Bagi pendeposit yang telah meninggal dunia, waris hendaklah melengkapkan dokumen berikut berdasarkan jumlah simpanan SSPN-i semasa kematian:

Jumlah kurang daripada RM3,000

  1. Borang Permohonan Tuntutan Takaful Pinjaman / SSPN-i (boleh didapati di kaunter PTPTN atau klik di sini)

  2. Salinan Mykad pendeposit.

  3. Salinan Mykad waris.

  4. Salinan sijil kematian pendeposit.

  5. Borang Pengesahan Waris (boleh didapati di kaunter PTPTN atau klik di sini)

  6. Borang Bon Tanggung Rugi dan dimatikan Setem Hasil bernilai RM10 (boleh didapati di kaunter PTPTN atau klik di sini)

  7. Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja).

Jumlah RM3,000 dan ke atas

  1. Borang Permohonan Tuntutan Takaful Pinjaman / SSPN-i (boleh didapati di kaunter PTPTN atau klik di sini)

  2. Salinan Mykad pendeposit.

  3. Salinan MyKad waris.

  4. Salinan sijil kematian pendeposit.

  5. Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet/ Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya/ Pejabat Tanah dan Daerah/ Amanah Raya Berhad/ pihak berkuasa yang diiktiraf.

  6. Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja).

Dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PTPTN melalui serahan tangan atau pos. Untuk semakan penyata boleh terus klik pautan PENYATA dibawah atau hubungi talian Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000.