Perbezaan Antara Auto Debit dan Direct Debit

Perbezaan Antara Auto Debit dan Direct Debit

Kedua-duanya adalah perkhidmatan atas talian yang disediakan untuk memudahkan potongan dibuat melalui akaun bank sama ada simpanan atau semasa.

Apa yang membezakan antara keduanya adalah:

  Auto Debit Direct Debit

Adakah pemotongan boleh dibuat melalui akaun bank pemilik lain?

Tidak boleh. Tertakluk kepada pemilik akaun yang berdaftar sahaja. Hanya pendeposit sahaja yang boleh memohon pemotongan melalui akaun bank sendiri. Tidak boleh melalui akaun bank pemilik lain.

Boleh. Pendeposit boleh membuat pemotongan melalui akaun bank sesiapa sahaja asalkan pemilik akaun bank tersebut mempunyai perbankan online (online banking) dan akaun tersebut aktif.

Berapakah agen bank pembayar bagi perkhidmatan ini?

5 bank sahaja yang terlibat iaitu :

  1. Maybank
  2. Bank Islam
  3. RHB
  4. BSN

Terdapat lebih 30 agen bank pembayar. Klik di sini untuk mengetahui senarai bank terlibat.

Caj perkhidmatan?

  1. Maybank - Tiada
  2. Bank Islam - Tiada
  3. RHB - RM0.53/ transaksi
  4. BSN - RM1.00 untuk pendaftaran (sekali sahaja). RM0.53/ transaksi

Tiada caj perkhidmatan yang dikenakan.

Bagaimana cara untuk memohon?

Perlu mengisi borang yang disediakan, klik di sini dan hantar ke mana-mana pejabat cawangan PTPTN untuk diproses.

Boleh memohon secara atas talian melalui link ini. Klik di sini untuk memohon.

Jadual pemotongan transaksi?

Pemotongan akan berlaku setiap 01hb, 10hb dan 27hb setiap bulan.

* Pemotongan akan berjalan setiap 1hb setiap bulan, sekiranya pemotongan tidak berjaya dilakukan pada tarikh tersebut, transaksi akan dilakukan sekali lagi pada 10hb dan seterusnya 27hb.