Perkhidmatan Autodebit Akaun SSPN-i Plus

Perkhidmatan Autodebit Akaun SSPN-i Plus

Deposit bulanan akaun SSPN-i Plus anda boleh dibuat melalui potongan autodebit. Anda boleh terus mengisi permohonan autodebit semasa pembukaan secara online atau melalui borang di kaunter perkhidmatan PTPTN.

Bank yang menyediakan perkhidmatan autodebit SSPN-i Plus adalah Maybank, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan RHB Bank. Selepas membuat permohonan, potongan autodebit bagi deposit bulanan akaun SSPN-i Plus anda akan bermula pada bulan hadapan. Anda akan menerima khidmat pesanan ringkas yang memaklumkan samada proses potongan autodebit adalah berjaya atau tidak. Sekiranya proses potongan tidak berjaya, anda perlu membuat bayaran melalui saluran bayaran lain bagi mengelakkan berlakunya tunggakan.

Berikut adalah pautan bagi penambahan deposit bulanan SSPN-i Plus secara online :

Penambahan Deposit SSPN-i Plus Online