Promosi Jom Beraya, Jom Menyimpan

Promosi Jom Beraya, Jom Menyimpan

Nak menang hadiah menarik sepanjang bulan raya ini?? Jom ramai-ramai sertai promosi “Jom Beraya, Jom Menyimpan” yang bermula pada 20 Mei 2019 sehingga 30 Jun 2019 ini. Hadiah menarik seperti lebih 100 unit smart watch dan smart TV 40’ menanti anda.

Caranya sangat mudah. Anda hanya perlu membuat penambahan deposit ke dalam akaun SSPN-i atau SSPN-i Plus anda. Simpanan minimum RM100 sepanjang tempoh promosi adalah dikira sebagai satu (1) cabutan.

Tak tahu dekat mana nak simpan duit raya anak? Simpan saja dalam akaun SSPN. Sambil menyimpan anda juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik. Mana tahu rezeki anak-anak sempena syawal mulia ini. Jangan lepaskan peluang. Lebih banyak kita simpan, lebih banyak peluang untuk menang!!

Kategori & Hadiah

Kategori Hadiah
Kategori 1 : Kempen Raya Tanpa Tunai 100 unit smart watch
Kategori 2 : Kempen Raya Peringkat Negeri

Hadiah Utama - Satu (1) unit Smart TV 40’

Hadiah Misteri - Tiga (3) unit smart watch dan Dua (2) unit barangan elektrik

Terma dan syarat:

Kelayakan Umum

  1. Terbuka kepada pendeposit SSPN;

  2. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);

  3. Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh promosi;

  4. Bilangan cabutan mengikut simpanan yang dibuat oleh pendeposit sama ada SSPN-i atau SSPN-i Plus atau kedua-duanya sekali. Simpanan minimum bernilai RM100 sepanjang tempoh kempen dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan;

  5. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga 31 Julai 2019.

  6. PTPTN mempunyai hak mutlak untuk menukar atau meminda tempoh kempen ini sekiranya perlu tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Kelayakan Khas Kategori 1 : Kempen Raya Tanpa Tunai

  • Pendeposit perlu memilih saluran TANPA TUNAI dalam tempoh promosi.

Kelayakan Khas Kategori 2 : Kempen Raya Peringkat Negeri

  • Terbuka kepada pendeposit yang membuat transaksi di kaunter PTPTN dalam tempoh promosi.