Salam Aidilfitri 2019 dari Team SSPN

Salam Aidilfitri 2019 dari Team SSPN

Ramadan bakal melabuhkan tirainya dan bahang kemeriahan aidilfitri kian terasa.

Kami di Team SSPN ingin mengucapkan tahniah di atas kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan menabung serta perancangan kewangan untuk masa hadapan anak-anak bagi tujuan pendidikan tinggi.

Sehingga April 2019, peningkatan pembukaan akaun SSPN terutama pembukaan akaun SSPN-i Plus menunjukkan prestasi yang sangat baik dan menunjukkan keprihatinan para ibu bapa kepada simpanan pendidikan anak-anak dengan jaminan takaful.

Melalui pembukaan akaun SSPN, bukan sahaja anak-anak akan menerima manfaat malah terdapat pelbagai keistimewaan lain yang turut diterima oleh ibu atau bapa selaku pendeposit. Besarlah harapan kami dalam melihat anak-anak berjaya melanjutkan pendidikan tinggi kelak tanpa sebarang kesulitan berkaitan kewangan.

Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi semua umat islam yang akan menyambutnya dalam beberapa hari sahaja lagi.

Hati-hati semasa pulang ke kampung halaman, ingatlah insan tersayang anda.

Maaf Zahir Batin

Team SSPN