Selamat Hari Tabungan Sedunia 2019

Selamat Hari Tabungan Sedunia 2019

Sempena Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun, Team SSPN ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pendeposit SSPN yang telah memberi sokongan kepada SSPN selama ini!

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang dilancarkan sejak 2004 dengan hasrat untuk setiap kanak-kanak mempunyai akaun SSPN sebagai simpanan pendidikan masa depan telah mendapat sambutan yang baik di kalangan ibu bapa masakini serta rakyat Malaysia khususnya.

Pelbagai pendekatan yang dilakukan oleh Team SSPN untuk menggalakkan tabungan dikalangan masyarakat Malaysia dengan mengadakan pelbagai aktiviti, menganjurkan cabutan, jelajah SSPN di setiap pelusuk negara serta menyebarkan artikel kepentingan penabungan melalui grafik serta video menerusi laman web www.lovesspn.com dan melalui media sosial rasmi SSPN.

Teruskan penabungan anda dalam SSPN demi masa depan anak-anak yang lebih cemerlang. Selamat menyambut Hari Tabungan Sedunia 2019.

#LoveSSPN