Tuntutan Elaun Kemasukan Wad Hospital SSPN-i Plus

Tuntutan Elaun Kemasukan Wad Hospital SSPN-i Plus

Tahukah anda antara keistimewaan perlindungan takaful apabila anda membuka akaun SSPN-i Plus ini anda layak untuk membuat tuntutan elaun kemasukan wad hospital secara harian. Kadar tuntutan elaun kemasukan wad ini berbeza mengikut pakej seperti dibawah :

PAKEJ KELAYAKAN TUNTUTAN HARIAN
INTAN RM20
DELIMA RM20
TOPAS RM20
ZAMRUD RM40
NILAM RM60
BERLIAN RM200

Lagi besar anda menyimpan, lagi besar elaun kemasukan wad hospital yang boleh anda tuntut!

Istimewanya, elaun kemasukan hospital ini tidak hanya terhad untuk kemasukan wad di hospital dalam Malaysia sahaja, tetapi turut layak juga dituntut bagi kemasukan wad hospital di luar negara.

Elaun kemasukan wad hospital boleh dituntut dengan mudah dengan hanya mengisi borang tuntutan takaful yang boleh dimuat turun di :

Borang Permohonan Tuntutan Takaful SSPN-i Plus

Borang yang lengkap perlu diserahkan ke kaunter PTPTN berhampiran anda dengan menyertakan dokumen sokongan yang telah disahkan.

Sebarang pertanyaan mengenai tuntutan elaun kemasukan wad hospital ini sila hubungi KHIDMAT PELANGGAN PTPTN di 03-2193 3000.