*Tertakluk pada terma dan syarat. **Imej yang dipaparkan adalah illustrasi sahaja. ***Pihak PTPTN berhak menukar hadiah dengan nilai yang setara tanpa perlu memaklumkannya kepada pelanggan

HADIAHKAN PADA YANG TERSAYANG

Simpanan pelbagai manfaat kepada yang teristimewa

previous arrow
next arrow
Slider

PENGENALAN


Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan adalah patuh Syariah yang menggunakan konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

Jumlah pembukaan Akaun SSPN-i dari bulan Januari sehingga bulan September 2018 adalah sebanyak 347,297 Akaun. Jumlah geran sepadan RM500 yang telah dikemaskini pada penyata dari bulan Januari sehingga bulan September 2018 bagi akaun SSPN-i adalah sebanyak 99,174 Akaun.
Image

KEISTIMEWAAN


SYARAT


Warganegara Malaysia.
Pendeposit berumur 18 tahun ke atas.
Penerima manfaat berumur 1 hari sehingga sebelum 29 tahun.
Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/anak/anak jagaan yang sah sahaja.

DAFTAR SECARA 'ONLINE'


Langkah 1
Langkah 1
Layari portal rasmi SSPN dan klik 'Daftar SSPN-i'.
Langkah 2
Langkah 2
Klik pada pembukaan akaun, isi maklumat dan butiran peribadi.
Langkah 3
Langkah 3
Buat bayaran dan cetak resit pembayaran.
Langkah 4
Langkah 4
Semak penyata dengan mendaftar kali pertama di portal selepas 24 jam pembukaan akaun secara online.